Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) mula dibina pada 1999. Bangunan sekolah ini digunakan secara rasmi pada bulan Jun 2003. Sepatutnya P & P bermula pada Januari 2003 tetapi bangunan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diberi, jadi seluruh warga sekolah ini terpaksa menumpang selama 6 bulan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn. Pada 1 November 2002, Puan Mordziyah bt Bidin selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Puan Zaiton bt Salim Guru Penolong Kanan HEM ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) untuk mengurus kemasukan murid-murid dan guru-guru bagi persekolahan sesi 2003.

Semasa sekolah dibuka bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan empat tingkat iaitu blok A, B dan C, serta Dataran Ilmu tempat murid-murid berhimpun. Sekarang bangunan sekolah ini mempunyai 31 buah bilik darjah. Kemudahan bilik khas pula khas bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik kaunseling, pusat Sumber Sekolah, bilik muzik, surau, bilik rawatan, bilik persalinan, makmal komputer, 1 & 2 bilik pendidikan seni dan beberapa buar stor am.

Pada Januari 2007 kelas pra sekolah telah dibuka dengan jumlah murid 25 orang, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid N17.

Sebuah bangunan baru setingkat yang mempunyai 4 buah bilik darjah telah dibina pada bulan November 2008 bagi menampung bilangan murid tahun satu yang akan bersekolah pada Januari 2009. Bagi keperluan 2010 dua buah kabin telah dipasang untuk menempatkan 4 buah kelas apabila berlaku pertambahan murid

Sekarang sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu Puan Hajah Normah Bt Kasim dan dibantu oleh barisan penolong Kanan Kurikulum Puan Zaiton bt Salim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hjh Nonzarinah bt Hj Tarmudi, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Che Siti Norbaya bt Jamil, Guru Penolong Kanan Petang Puan Zubaidah bt Muhammad serta disokong oleh PIBG yang diterajui oleh Ustaz Al Hafiz Faisal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s